Jumaat, 10 Februari 2012

Tips : Cara paling 'cool' nak tegur orang tenung.

Yeah, tak kira la hang lawa ka tak lawa ka, kat tusyen ka kat sekolah ka kat kolej ka, mesti ada ja kes atau awkward moment waktu cikgu/lecturer tengah mengajaq, tiba-tiba nun jauh di sana kita terasa macam ada sepasang mata dok tengok kita. Haha.

Ada dua kemungkinan, sama ada hampa yang perasan tak pasai-pasai, atau, orang tu memang dok tengok hampa.

Makanya hamba di sini ada satu berita buat hiburkan hati tuan hamba sekalian. Akan hamba perihalkan tatacaranya untuk menongkah arus pandangan mata ini. Adapun cara ini juga sesuai digunakan pada bila-bila masa dan mana-mana sahaja. Jom, tengok.

Situasi, anda memang perasan ada orang tengok anda, dan anda berasa tak selesa.
Solusi :

1. Kumpul keberanian secukupnya, kalau tak berani, plan ni tak jalan. Okeh, dah ada berani?
2. Tengok dia balik, 1 saat sudah, hanya untuk memastikan dia memang dok mengintai hang ka dak.
3. Buat muka kaunter pertanyaan kat dia. Angkat kening ka, angguk kepala stail gengster ka.
4. Tanya dia, "Aku/saya/ambo/gue yang perasan hang tengok aku ka, memang hang tengok aku?"
5. Kedip kedua-dua belah mata anda 2 saat, untuk mendapatkan impak muka tak bersalah.
6. Sambung cakap, "Tengok tempat lain, boleh tak? Tak selesa. Terima kasih."
7. Senyum segaris (optional)
8. Blah dengan segera.

Nota : JANGAN tunggu sebarang jawapan. Lakukannya secepat yang boleh. Tujuan tips ini hanya untuk menegur, bukan untuk bersembang. Nasihat tambahan, kalau dalam shopping mall, takpayah cuba, banyak lagi benda dalam shopping mall tu orang tu boleh tengok yang mungkin pandangannya hanya ke arah hang.

Sekian.
Oh, oh, lupa. Selamat mencuba!

2 ulasan:

Jangan ragu-ragu. Lempar saja pendapat tu. XD