Hidup.
Kalau tak nangis,
Ketawa.
Kalau tak gembira,
Sedih.
Kalau tak duka,
suka.
Hidup,
Pasti ada dugaan.
Pasti ada cabaran.
Pasti ada halangan.
Hidup,
Pasti ada suka.
Pasti ada sayang.
Pasti ada cinta.
Pasti ada benci.
Hidup,
Kena sama rata.
Hidup,
Kena selalu bahagia.
Hidup,
Kena timba ilmu.
Hidup,
Kena sabar.
Tuhan bagi nyawa, bukan untuk dibuat mainan.
Tapi untuk bagi kita peluang merasa.
Bagaimana kehidupan seorang manusia.
Manusia yang punya perasaan.
Tuhan yang bagi nyawa, Tuhan juga yang tarik nyawa.
Selagi nyawa masih ada, selagi pancaindera masih berfungsi,
Gunalah nikmat dan peluang yang Tuhan bagi.
Tak semua manusia diberi peluang macam kita.
Peluang dipanjangkan umur.
Jumaat, 24 Februari 2012
Selasa, 21 Februari 2012
Mahu menang.
Mahu menang itu perlu berani.
Berani untuk gah berdiri.
Bagaikan pesaing itu langsung tiada menggugat posisi.
Mahu menang itu perlu berani.
Untuk terima kekalahan, berani.
Kerana bagi jiwa yang besar, kemenangan itu tinggi.
Mahu menang itu perlu berhati-hati.
Untuk menerima seadanya segala rezeki.
Kerana manusia itu sukar sekali mengawal hati.
Mahu menang itu perlu berhati-hati.
Kerana manusia, di bibir-bibir sudah meniti.
Pada yang benar itu kemenangan sejati.

Sabtu, 11 Februari 2012
Bening Sang Manusia Mahu Dewasa
Untuk mencari dosa sesama manusia itu senang.
Apa pernah kaufikir apakah senang juga buatnya untuk memaafkan khilafmu terhadapnya?
Apa pernah kaufikir rintihan dia, aduan dia kepada PENGUASA HAKIKI, andai benar dia teraniaya?
Kenapa harus ada nista di balik kata-kata cinta itu, manusia?
Kenapa harus ada kepura-puraan di sebalik kejujuran itu, manusia?
Apa lagi kaupinginkan?
Untuk semuanya bangkit meludah ke arahmu?
Apa lagi kaupinginkan?
Untuk bangga mengatakan 'sudahku bilang mereka semuanya begitu'?
Untuk apa lagi yang kaupinginkan itu?
Panorama drama ini terlalu meruntunkan jiwa manusia nun di situ,
Yang hanya melihat karna sudah terlalu takut untuk percaya,
Terlalu takut untuk menjejak dewasa karna bayangan drama itu,
Jauh lebih kejam, mengecam setiap inci keberaniannya.
Bisa kamu berhenti buat seketika?
Untuk anak-anak itu membesar dengan sempurna.
Biarkan kaki mereka menjejak bumi dewasa tanpa perlu berlumpur nista.
Biarkan jemari mereka menepis ranjau masa tanpa perlu terhiris maruah.
Biarkan mereka berlari, berkejaran.
Buat seketika, biarkan saja mereka bebas tanpa dipaksa memilih 'percaya atau derita'.
p/s: 'puisi' picisan ini telah aku siarkan di facebook aku terlebih dahulu.
p/p/s: tribute to @Imtengkusophia mass mayhem in twitter. (-..-")
mood : I am VERY disappointed.

Tips: Mengenalpasti Anon Henpon.
Ya, ya. Terima kasih sebab teruja aku tidak menulis puisi di sini. You make me so shy laa. *Ehem, ehem, serious.
Jadi, adik-adik. Sebagai kakak yang paling cool dan awesome, haruslah saya membantu mengkucar-kacirkan memberi panduan untuk adik-adik supaya lebih 'cool and awesome' untuk menangani keadaan yang bisa menyebabkan kadar rembesan adrenalin meningkat secara mendadak, degupan jantung kencang, peluh sejuk, dan, gementar, dan seterusnya, tergedik terlupa rasional buat seketika.
Biasa terima mesej atau terlepas panggilan daripada nombor yang tidak dikenali? Teehee, sama seperti situasi dalam tips yang lalu, ada dua kemungkinan.
Satu ; nombor tu nombor kawan/sedara mara hampa tapi hampa tak save dalam henpon.
Dua ; nombor tu memang bukan nombor sapa-sapa yang hampa kenai.
Dan kita namakan manusia misteri yang meng-kol dan me-mesej kita tu Anon Henpon. Nama singkatannya, Anon.
Nasihat saya, kalau miskol, cuba tahan kegatalan jari-jemari hampa daripada menghantar mesej kat Anon. Kalau emergency mesti dia ambil inisiatif untuk menelefon sekali-dua lagi, kan? Kalau panggilannya cuma sekali, biarkan. Tak rugi pun.
Tapi, kalau dah tak boleh tahan sangat, nak jugak pi hantaq mesej, sebab 'perasaan ingin tahu' tu dah membuak-buak, saya sediakan ayat-ayat untuk anda pilih.
1. (insert greeting here). Ni sapa?
2. (insert greeting here). Pasaipa kol tadi?
3. (insert greeting here). Ni tadi kol ada benda penting ka hang/ko/lu/awak/kamu/anda saja mengada nak menggedik dengan aku/saya/gue?
Ha, sudah la tu, aku bukan bukak kelas mengorat, ni bahasa piawai namanya. Kalau tidak dibalas, jangan hantar apa-apa mesej dah. Kalau dibalas, pun jangan dibalas balik. Nanti jadi benda lain.
Tapi kalau nak balas jugak...
1. Oh, okeh, ingatkan rumah aku/ko/saya/gue/kite/kami terbakar tadi anda/hang/hampa/lu/ko/mu tepon/mesej nak habaq. (insert farewell here)
2. Oh, okefain. Bai. (insert farewell here)
3. Ok. Thanks. Bye. (insert farewell here if the 'bye' is not your custom farewell)
Nota: Tujuan aku bagi ayat-ayat tu bukan buat hampa menggatai sesama sendiri, naah. Sebab Anon Henpon ni buat menyemak henpon ja selalunya. Gunakan dengan sebaiknya.
Sekian.
Eheh, selamat mencuba.
Jumaat, 10 Februari 2012
Tips : Cara paling 'cool' nak tegur orang tenung.
Yeah, tak kira la hang lawa ka tak lawa ka, kat tusyen ka kat sekolah ka kat kolej ka, mesti ada ja kes atau awkward moment waktu cikgu/lecturer tengah mengajaq, tiba-tiba nun jauh di sana kita terasa macam ada sepasang mata dok tengok kita. Haha.
Ada dua kemungkinan, sama ada hampa yang perasan tak pasai-pasai, atau, orang tu memang dok tengok hampa.
Makanya hamba di sini ada satu berita buat hiburkan hati tuan hamba sekalian. Akan hamba perihalkan tatacaranya untuk menongkah arus pandangan mata ini. Adapun cara ini juga sesuai digunakan pada bila-bila masa dan mana-mana sahaja. Jom, tengok.
Situasi, anda memang perasan ada orang tengok anda, dan anda berasa tak selesa.
Solusi :
1. Kumpul keberanian secukupnya, kalau tak berani, plan ni tak jalan. Okeh, dah ada berani?
2. Tengok dia balik, 1 saat sudah, hanya untuk memastikan dia memang dok mengintai hang ka dak.
3. Buat muka kaunter pertanyaan kat dia. Angkat kening ka, angguk kepala stail gengster ka.
4. Tanya dia, "Aku/saya/ambo/gue yang perasan hang tengok aku ka, memang hang tengok aku?"
5. Kedip kedua-dua belah mata anda 2 saat, untuk mendapatkan impak muka tak bersalah.
6. Sambung cakap, "Tengok tempat lain, boleh tak? Tak selesa. Terima kasih."
7. Senyum segaris (optional)
8. Blah dengan segera.
Nota : JANGAN tunggu sebarang jawapan. Lakukannya secepat yang boleh. Tujuan tips ini hanya untuk menegur, bukan untuk bersembang. Nasihat tambahan, kalau dalam shopping mall, takpayah cuba, banyak lagi benda dalam shopping mall tu orang tu boleh tengok yang mungkin pandangannya hanya ke arah hang.
Sekian.
Oh, oh, lupa. Selamat mencuba!

Selasa, 7 Februari 2012
Kadang-kadang kan.
Okay, aku sedang bukan dalam mode untuk mengeluarkan bunga-bunga sastera lama ka sastera moden ka sekarang ni. Tapi ada satu perkara yang aku perasan sepanjang hayat aku yang 18 tahun ni. Ya, aku tahu, tak banyak mana nak dibandingkan dengan anda yang membaca itu. Maka, betulkan aku andai aku salah. Bukan maki aku kalau aku salah. People's biggest mistake ever.
Taksub dengan satu benda hinggakan terlupa akan benda yang lain. Of course, the human mind not always can focus on many things at once. Kan? Bila gembira, huhahuha ja memanjang, tak teringat kat sebelah bumi sana ada yang tengah sedih huhuhuhu memanjang. Aku pun macam tu jugak. Aku manusia tipikal.
Aku kagum mereka yang mampu berkadar dan bersederhana. Berkadar ketawanya, berkadar tangisannya, berkadar gerutu hatinya, namun tak pernah lekang senyumannya.
Tiba-tiba aku teringatkan Tun Teja pulak. Sebelum aku merepek dengan hikayat pahlawanita aku, aku berhenti dulu, ada masa, ada idea, aku karangkan kaw-kaw punya hikayat pahlawanita. Bahasa sastera lama punya aku pakai nanti. Teehee. Bersiap sedialah wahai anda-anda di luar sana dengan kamus bahasa Melayu anda.

Mati.
Ayuh kita hikayatkan.
Cerita tentang dunia seberang sana.
Sebuah lagi perhentian realiti.
Menuju kehidupan abadi.
Ayuh, diri.
Kita hitungkan.
Sudahkah yakin azab kubur itu akan terlepas?
Sudahkah?
Ayuh.
Sudahkah himpitan tanah mematahkan temulang
Sedia kita rasai?
Sudahkah?
Mari, diri.
Apakah dengan berasa takut,
dapat menyelamatkan kita?
Diri!
Jawablah, diri!
Marilah, diri.
Aku tidak mahu pergi
dalam keadaan aku belum bersedia.
Marilah diri!
Marilah diri.
Belum kita tahu lagi.
Yang meneman kita nanti bahagianya cahaya
ataupun ular dan kala.

![]() |
| Sumber : Google Images |
Ahad, 5 Februari 2012
Bisa Diam Apa Tidak?
Bisa diam apa tidak?
Dari terus melemparkan nista.
Bisa diam apa tidak?
Dari terus memaksaku menelan beribu kegelisahan melebihi ruang logika.
Bisa apa tidak?
Apa kamu bisa menggantikan harapan telah kamu robekkan itu?
Apa kamu bisa merawat luluh hati-hati yang dengan mudah kamu siatkan itu?
Bisa kamu?
Atau sememangnya tidak sama sekali?
Buat seketika.
Dengari aku.
Nista yang mudah kaulemparkan itu.
Racunnya jauh masuk.
Bak pantasnya kilat.
Bisa kamu keluarkan kembali panahan racun itu?
Apa bisa?
Diam.
Diam kamu.
Aku sudah tidak punya tenaga.

Jumaat, 3 Februari 2012
Kemudi Pelayaran
Terus aku kemudi diri ini di samudera kehidupan ini.
Usah gentar laut yang bergelora itu.
Usah khuatir akan badai yang menimpa kapal ini.
Beranilah bak petir menyabung nun di atas layar itu.
Memanah saja rintangan yang menghalang kini.
Ayuh, diri!
Kita kemudi pelayaran ini.
Terus kemudi.
Hingga dipanggil Ilahi.
Dengan tonggak yang lima menemani diri.
Kemudi terus sepanjang pelayaran ini.

Langgan:
Ulasan (Atom)