Selasa, 7 Februari 2012

Mati.

Ayuh kita hikayatkan.
Cerita tentang dunia seberang sana.
Sebuah lagi perhentian realiti.
Menuju kehidupan abadi.

Ayuh, diri.
Kita hitungkan.
Sudahkah yakin azab kubur itu akan terlepas?
Sudahkah?

Ayuh.
Sudahkah himpitan tanah mematahkan temulang
Sedia kita rasai?
Sudahkah?

Mari, diri.
Apakah dengan berasa takut,
dapat menyelamatkan kita?
Diri!
Jawablah, diri!

Marilah, diri.
Aku tidak mahu pergi
dalam keadaan aku belum bersedia.
Marilah diri!

Marilah diri.
Belum kita tahu lagi.
Yang meneman kita nanti bahagianya cahaya
ataupun ular dan kala.

Sumber : Google Images

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan ragu-ragu. Lempar saja pendapat tu. XD