Masih banyak lagi yang ingin mengundur ke belakang.
Masa yang diundur akhirnya akan ke hadapan juga.
Akan melalui titik permulaan juga.
Terus saja berjalan.
Yang di depan tu masih banyak menanti.
Yang entahkan tidak menjadi milik kita.
Yang mungkin menyimpan kejayaan kita.
Terus saja.
Masa lampau itu akan hadir sejenak.
Sekali lagi kalau kau mahu.
Berkali-kali lagi kalau kau fikirkan selalu.
Selagi dalam dirimu ada kenangan.
Takkan tercerai masa lampau dari kehidupan.
Maka terus saja.
Terus saja.
Terus ke depan.
Isnin, 30 Januari 2012
Jumaat, 27 Januari 2012
Hidup dari Bingkai Jendela Aku
Hidup aku macam manusia biasa.
Punya makan dan minum.
Punya sakit dan sempurna.
Hidup aku punya suka duka, gelak tawa, susah senang.
Hidup aku sekarang ini.
Entah bagaimana penghujungnya.
Entah bagaimana esoknya.
Aku hidup.
Terus hidup.
Walaupun sakitnya aku ada takku ketahui.
Walaupun kesulitan upaya aku tak dapatku atasi.
Aku teruskan hidup.
Untung yang diluar sana.
Yang punya minda boleh dididik awal.
Yang punya emosi boleh dikawal.
Untung mereka.
Tak terus dalam kelam menanti diagnosis seperti aku.
Tak terus dalam resah membina harapan palsu.
Untung, untung.
Hidup ini indah.
Hidup ini cerah.
Hidup ini rahmat Allah.
Hidup ini kita sebagai khalifah.
Hidup ini mudah.
Andai saja kautahu arah.
Hiduplah dengan syukur.
Hiduplah dengan nikmat yang melimpah.
Tidakkah kausedar betapa untungnya jalan hidupmu,
Jika mahu dibandingkan dengan hidup dari bingkai jendela aku. -naf1327
Punya makan dan minum.
Punya sakit dan sempurna.
Hidup aku punya suka duka, gelak tawa, susah senang.
Hidup aku sekarang ini.
Entah bagaimana penghujungnya.
Entah bagaimana esoknya.
Aku hidup.
Terus hidup.
Walaupun sakitnya aku ada takku ketahui.
Walaupun kesulitan upaya aku tak dapatku atasi.
Aku teruskan hidup.
Untung yang diluar sana.
Yang punya minda boleh dididik awal.
Yang punya emosi boleh dikawal.
Untung mereka.
Tak terus dalam kelam menanti diagnosis seperti aku.
Tak terus dalam resah membina harapan palsu.
Untung, untung.
Hidup ini indah.
Hidup ini cerah.
Hidup ini rahmat Allah.
Hidup ini kita sebagai khalifah.
Hidup ini mudah.
Andai saja kautahu arah.
Hiduplah dengan syukur.
Hiduplah dengan nikmat yang melimpah.
Tidakkah kausedar betapa untungnya jalan hidupmu,
Jika mahu dibandingkan dengan hidup dari bingkai jendela aku. -naf1327
Sabtu, 21 Januari 2012
Pembuka Tirai
Selepas keruntuhan empayar Raden Mentagi Gajah (fiksyen semata, jangan google) akibat dirempuh Sang Pamangkis Menchelak (juga fiksyen) yang menyebabkan ramai tentera Raden Mentagi Gajah terkorban, datanglah Ajeng Kencana Kijang dengan angkatan pahlawanitanya ke Tanah Lapang menyuburkan kembali tanah yang kering kontang.
Pendek cerita daripada ceritera klasik tersebut ialah, blog ini dibuka sesi mengarutnya untuk menyemai propaganda 'hidup' berdasarkan panorama drama yang dapat dilihat saban hari yang mungkin pada suatu ketika dahulu mengejutkan dan sekarang ini hampir menjadi kebiasaan.
Tak laratnya berformal. Blog ini merupakan ruang mengarut budak-budak baru nak matang dan baru mahu belajar erti hidup di 'luar sana'. Blog idealistik dan realistik. Mungkin jugak ada imaginasi dalam dos yang berlebihan. Budak-budak yang kadang-kadang orang kat luar tu pandang 'perasan bagus'. Budak-budak yang mungkin orang kat dalam ni sendiri kata 'merepek tak tentu hala'. Bagi budak-budak yang baru nak matang ni, hidup atas bumi ini normal lah kalau kita lebih banyak jatuh daripada melambung ke atas. Kita di bumi yang ada graviti yang menarik kita supaya terlekat di atas tanah. Bukan di atas bulan yang mampu apungkan kita di atas udara terus. Mahupun di atas angkasa yang barangkali tiada graviti langsung.
Budak-budak ni masih lagi berada di perantaraan fasa hidup. Fasa persekolahannya sudah tamat. Fasa seterusnya belum lagi bermula. Pendek kata, baru nak mendaki pelana lompatan. Belum lagi nampak dasar di sebalik palang lompatan. Masih lagi berkira apa mahu diteruskan pendakian dan terus lompat, atau mahu berhenti mendaki dan kekal di pelana itu terus.
Dah serupa Indonesia pulak jadinya. Lain kali jumpa lagi. Salam perkenalan, blogsphere.
Langgan:
Ulasan (Atom)