Selepas keruntuhan empayar Raden Mentagi Gajah (fiksyen semata, jangan google) akibat dirempuh Sang Pamangkis Menchelak (juga fiksyen) yang menyebabkan ramai tentera Raden Mentagi Gajah terkorban, datanglah Ajeng Kencana Kijang dengan angkatan pahlawanitanya ke Tanah Lapang menyuburkan kembali tanah yang kering kontang.
Pendek cerita daripada ceritera klasik tersebut ialah, blog ini dibuka sesi mengarutnya untuk menyemai propaganda 'hidup' berdasarkan panorama drama yang dapat dilihat saban hari yang mungkin pada suatu ketika dahulu mengejutkan dan sekarang ini hampir menjadi kebiasaan.
Tak laratnya berformal. Blog ini merupakan ruang mengarut budak-budak baru nak matang dan baru mahu belajar erti hidup di 'luar sana'. Blog idealistik dan realistik. Mungkin jugak ada imaginasi dalam dos yang berlebihan. Budak-budak yang kadang-kadang orang kat luar tu pandang 'perasan bagus'. Budak-budak yang mungkin orang kat dalam ni sendiri kata 'merepek tak tentu hala'. Bagi budak-budak yang baru nak matang ni, hidup atas bumi ini normal lah kalau kita lebih banyak jatuh daripada melambung ke atas. Kita di bumi yang ada graviti yang menarik kita supaya terlekat di atas tanah. Bukan di atas bulan yang mampu apungkan kita di atas udara terus. Mahupun di atas angkasa yang barangkali tiada graviti langsung.
Budak-budak ni masih lagi berada di perantaraan fasa hidup. Fasa persekolahannya sudah tamat. Fasa seterusnya belum lagi bermula. Pendek kata, baru nak mendaki pelana lompatan. Belum lagi nampak dasar di sebalik palang lompatan. Masih lagi berkira apa mahu diteruskan pendakian dan terus lompat, atau mahu berhenti mendaki dan kekal di pelana itu terus.
Dah serupa Indonesia pulak jadinya. Lain kali jumpa lagi. Salam perkenalan, blogsphere.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan ragu-ragu. Lempar saja pendapat tu. XD