Selasa, 21 Februari 2012

Mahu menang.

Mahu menang itu perlu berani.
Berani untuk gah berdiri.
Bagaikan pesaing itu langsung tiada menggugat posisi.

Mahu menang itu perlu berani.
Untuk terima kekalahan, berani.
Kerana bagi jiwa yang besar, kemenangan itu tinggi.

Mahu menang itu perlu berhati-hati.
Untuk menerima seadanya segala rezeki.
Kerana manusia itu sukar sekali mengawal hati.

Mahu menang itu perlu berhati-hati.
Kerana manusia, di bibir-bibir sudah meniti.
Pada yang benar itu kemenangan sejati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan ragu-ragu. Lempar saja pendapat tu. XD